
Akhir bulan Disember dan permulaan bulan Januari adalah tempoh yang pelik untuk pasaran kewangan: jadual perdagangan berubah kerana cuti dan ramai trader berada jauh dari terminal mereka.
FBS kini 16 tahun
21 Mei 2025
Pengurusan risiko
Akhir bulan Disember dan permulaan bulan Januari adalah tempoh yang pelik untuk pasaran kewangan: jadual perdagangan berubah kerana cuti dan ramai trader berada jauh dari terminal mereka.
Justeru, wajarlah jika ada yang bertanya: “Bolehkah kita trade dalam tempoh dua minggu ini?”
Jawapan FBS: ya, boleh sahaja! Anda hanya perlu ingati beberapa tips supaya anda boleh membuat duit ketika orang lain berehat.
Jika anda sudah mempunyai pengalaman dalam trading, anda mungkin pernah perasan bagaimana matawang cenderung untuk jatuh dalam satu tempoh masa dan meningkat dalam tempoh yang lain — apa yang kita kenali sebagai "kecenderungan bermusim". Khususnya, apa yang dipanggil kesan "akhir tahun", adalah situasi bilamana USD cenderung untuk melemah pada hari-hari terakhir setiap tahun, tetapi kemudian mula pulih pada bulan Januari atau Februari. Ini terjadi lantaran tarikh akhir untuk percukaian dan pelaporan. Di samping itu, banyak posisi ditutup sebelum akhir Disember dan dibuka semula pada awal Januari. Ambil kira perkara ini semasa merancang urusniaga anda dan berhati-hati dengan wang anda.
Biasanya kemeruapan berkurangan pada musim cuti hujung tahun. Anda mungkin perlu menyelaraskan semula saiz renti rugi dan ambilan untung standard anda.
Sebagai contoh, jika anda biasanya meletakkan ambilan untung 100 pip dari titik masuk anda, mungkin ada baiknya jika anda memilih sasaran 70 hingga 80 pip.
Pasaran menjadi kurang meriah apabila ramai orang memutuskan untuk berehat dan meraikan. Tahap kecairan adalah lebih rendah daripada biasa. Akibatnya, pasangan major cenderung menghabiskan sebahagian besar masa dalam julat yang sempit. Dalam persekitaran sedemikian, masuk akal untuk mempertimbangkan strategi scalping – namun, jangan lupa untuk menyemak spread terlebih dahulu. Dalam analisis teknikal, fokus pada usaha mengesan aras sokongan dan rintangan. Teknik trading dalam julat juga mungkin berguna.
Walaupun tiada urusniaga pada 26 Disember dan 1 Januari, hari-hari lain akan menawarkan anda banyak peluang untuk membuka urusniaga yang hebat. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang waktu operasi pasaran dan FBS dalam seksyen “berita syarikat” di laman web. Sila maklum bahawa walaupun kalendar ekonomi pada musim cuti hujung tahun hanya mengandungi beberapa peristiwa penting, walaupun satu berita kecil boleh menggerakkan pasaran yang tidak ramai pesertanya. Walaupun kebanyakan masa pasaran pada musim cuti menyerupai lautan yang tenang, situasi boleh berubah dalam sekelip mata, mengakibatkan lonjakan harga yang besar.
Ingat pengurusan risiko: pesanan renti rugi, contohnya, akan melindungi anda daripada peristiwa yang tidak diingini. Pada masa yang sama, bersedia untuk menjana pendapatan ketika berlaku lonjakan kemeruapan sekali-sekala, memantau suapan berita, dan menggunakan aplikasi FBS untuk memantau instrumen utama.
Anda mungkin pernah mendengar orang mengatakan bahawa akhir tahun bukanlah masa yang terbaik untuk trading. Namun, jika anda berhati-hati dan memberi tumpuan pada ciri-ciri spesifik pasaran dalam tempoh ini, anda pasti akan berjaya.
Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.