Bagaimana anchoring bias mempengaruhi trading dan pelaburan
Apabila bercakap tentang trading atau pelaburan, anchoring bias benar-benar boleh memperdaya seseorang. Ia boleh menyebabkan pedagang atau pelabur membuat keputusan kewangan yang salah, membeli aset dengan harga lebih tinggi daripada nilai sebenarnya atau menjualnya dengan lebih murah daripada yang sewajarnya. Anchoring adalah salah satu sebab utama di sebalik keputusan kewangan yang lemah di pihak trader dan pelabur.
Sebagai contoh, jika anda membeli saham pada harga $100 tanpa meneliti fundamental pasaran seperti potensi kadar pertumbuhan syarikat, pendapatan, dan sebagainya, anda mungkin tidak akan dapat menjualnya dengan harga yang lebih tinggi, atau bahkan memperoleh apa-apa sama sekali. Jika harga saham jatuh lebih rendah daripada $100 dan terus jatuh, anda mungkin berasa keberatan untuk melepaskannya dan terus menahannya, dengan harapan harga akan naik semula. Walau bagaimanapun, harga awal $100 juga mungkin satu kesilapan. Tanpa mengetahui perkara ini, anda membiarkan diri anda terikat (anchored) dengan harga pertama yang anda lihat dan terlebih menilai pembelian anda. Ini berlaku kepada ramai orang yang bekerja di pasaran kewangan, sebahagiannya kerana mereka tidak semestinya sedar tentang sauh yang menghalang mereka daripada membuat urusniaga yang berjaya.
Sejarah harga, indeks kewangan, volum jualan, paras tertinggi dalam rekod (high-water mark) adalah antara anchor yang paling lazim. Menggunakannya sebagai titik rujukan untuk membuat keputusan kewangan boleh membawa kepada kekecewaan.
Punca-punca anchoring bias dalam trading
Terdapat pelbagai sebab mengapa anchoring menimbulkan banyak masalah kepada para trader. Berikut adalah beberapa punca utama yang membuatkan para pedagang terus merangkul erat posisi yang rugi, sama ada secara sedar atau tidak.
Kekurangan pengalaman
Apabila trader novis memulakan langkah pertama mereka dalam trading, mereka mungkin berasa terbeban dengan semua maklumat yang mereka perlu ketahui. Mempelajari cara mentafsir dan menilai data-data pasaran memerlukan masa. Itulah sebabnya para pedagang cenderung untuk hanya membuat keputusan berdasarkan maklumat pertama yang mereka terima.
Confirmation bias
Setiap orang ada pendapat dan kepercayaan mereka sendiri. Inilah sebabnya ramai trader cenderung mempercayai maklumat yang selari dengan jangkaan sedia ada mereka tentang pasaran. Apabila ini berlaku, sukar untuk menilai maklumat tersebut secara objektif, terutamanya apabila terdapat data yang bercanggah dengan pandangan dan kecenderungan trader. Mereka menerima anchor tersebut dengan tidak teragak-agak dan membuat keputusan yang kemudiannya membawa hasil yang mengecewakan.
Keterikatan emosi
Adakalanya emosi para trader terpaut dengan urusniaga mereka. Mereka mula "rooting" untuk urusniaga tersebut, dengan harapan bahawa harga akan bergerak ke arah yang menyebelahi mereka. Walau bagaimanapun, keterikatan secara emosi dengan posisi bermakna mereka tidak dapat menganalisis pasaran secara objektif dan membuat keputusan terbaik berkenaan aset yang dimiliki oleh mereka.
Tidak mengkaji secukupnya
Satu lagi cara untuk terjerumus ke dalam perangkap anchoring adalah dengan menyandarkan semua keputusan trading pada anggaran purata atau pendapat penganalisis. Dalam trading, trader perlu menyelidik suatu topik dari pelbagai perspektif dan mendengar pendapat yang berbeza. Dengan mengambil maklumat daripada hanya satu sumber dan terutamanya anggaran purata pada nilai muka, ia boleh menghalang anda daripada mempertimbangkan keadaan-keadaan lain yang boleh mempengaruhi urusniaga anda.
Cara untuk menghindari anchoring bias dalam trading
Anchoring berbahaya kepada para trader dan pelabur kerana ia membuat mereka bertindak berlandaskan maklumat pertama yang mereka dapat lihat di pasaran.
Untuk mengelakkan anchoring bias dalam trading atau pelaburan, anda harus mempertimbangkan untuk menggunakan strategi-strategi berikut:
Ikuti perkembangan berita. Dengan mengikuti berita dari pasaran, ia boleh membantu anda mengelak anchoring kepada maklumat lapuk. Dengan FBS, anda boleh mengikuti berita trading terkini dengan lebih pantas berbanding tempat lain dan menavigasi perubahan berterusan pasaran kewangan dengan lebih baik.
Fokus pada hasil jangka panjang. Adalah mudah untuk ter-anchor pada harga semasa apabila anda hanya memikirkan tentang keuntungan jangka pendek. Walau bagaimanapun, apabila anda fokus pada keputusan jangka panjang, anda lebih cenderung untuk mengambil kira sebarang kemungkinan turun naik harga yang boleh berlaku di pasaran.
Bangunkan strategi. Strategi trading yang dibangunkan dengan baik boleh memberikan anda satu set peraturan dan garis panduan yang boleh membantu anda mengelakkan anchoring. Dengan sistem yang mantap, anda kurang cenderung untuk menjadi mangsa emosi anda sendiri dan lebih cenderung untuk kekal objektif semasa membuat keputusan.
Periksa pelbagai sumber. Dengar pendapat berbeza daripada pelbagai sumber kerana ia boleh membantu anda mengelakkan anchoring dan kekal tidak berat sebelah semasa membuka urusniaga baharu.
Kekal fokus. Kekal fokus dan jaga pemikiran anda untuk menghalang anda daripada anchoring atau menjadi mangsa cognitive bias yang lain. Anda boleh cuba bermeditasi untuk membebaskan minda anda daripada emosi dan mengurangkan tekanan.
Bagaimana cara menggunakan anchoring bias untuk memberi anda kelebihan
Berikut cara anchoring boleh membantu anda:
Jika anda menjual sesuatu atau merunding gaji anda untuk pekerjaan baharu, anda boleh meletakkan harga yang lebih tinggi pada mulanya. Ini akan mewujudkan anchor dalam fikiran orang lain, oleh itu tawaran anda seterusnya akan kedengaran murah di telinga mereka.
Ringkasan
Anchoring mampu menjadi suatu yang sangat destruktif dalam trading. Dengan mempelajari cara mengendalikan bias anda dan menggunakan sumber maklumat yang berbeza, ia boleh membantu anda menjadi trader yang lebih berjaya dan memahami pasaran dengan lebih baik.