FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

09 Mei 2025

Psikologi

Cara Melatih Disiplin Dalam Trading

Cara Melatih Disiplin Dalam Trading

Kejayaan dalam trading bergantung pada banyak faktor. Ia bukan sahaja melibatkan kearifan teori, kefahaman analisis fundamental dan analisis teknikal, pembelajaran berterusan dan menimba pengalaman, tetapi juga kestabilan emosi dan psikologi. Untuk mencapai semua di atas, anda perlu menambah hanya satu unsur yang tercicir daripada teka-teki ini: disiplin.

Mari kita pelajari bersama-sama mengapa disiplin begitu penting dalam trading dan cara untuk mencapainya.

Apakah itu disiplin dalam trading?

Secara umumnya, definisi disiplin boleh dsimpulkan sebagai pengulangan beberapa tindakan yang disengajakan untuk mencapai kecemerlangan. Selalunya tindakan ini sukar dan tidak menyenangkan, dan ia memerlukan sedikit usaha.

Justeru, dua komponen disiplin tersebut ialah:

  • mempunyai matlamat;

  • keupayaan untuk melakukan tindakan yang tidak semestinya menyenangkan.

Disiplin adalah asas bagi mana-mana kerja yang berjaya, dan tidak terkecuali dalam trading juga. Pertama sekali, ia adalah mematuhi prinsip-prinsip strategi trading dan pengurusan risiko yang digariskan oleh sang trader itu sendiri. Selalunya, perubahan di pasaran boleh membawa kepada keputusan dan tindakan yang tergesa-gesa yang didorong oleh intensiti emosi pada ketika itu. Dalam situasi ini, keupayaan untuk mengekang impuls anda dan mengikuti rancangan yang telah ditetapkan adalah sangat penting, iaitu untuk mengekalkan disiplin.

Mengapa penting untuk berdisiplin dalam trading?

Seperti yang kita tahu, intipati trading adalah menganalisis pasaran secara berterusan untuk membuat urusniaga yang paling menguntungkan. Berdasarkan analisis ini, trader merangka strategi beliau, dengan mengambil kira matlamat dan kepentingan beliau, serta pengalaman para profesional.

Disiplin penting seawal peringkat penyelidikan bilamana asas teori mesti diterokai dengan objektif dan metodikal sebelum beralih ke amali. Kelompongan dalam pengetahuan yang berlaku disebabkan oleh kemalasan atau tergesa-gesa boleh membawa kepada natijah yang buruk.

Selepas anda membina asas teori anda, apabila anda sudah cukup yakin, anda boleh meneruskan dengan mengaplikasikan strategi anda menjadi amali. Dalam kes ini, disiplin membantu anda mematuhi strategi yang telah anda bangunkan untuk diri sendiri dan tidak tergoda untuk menyimpang dari jalur tersebut.

Di samping itu, sepanjang kerjaya seorang trader, mereka perlu terus belajar, meneroka peluang-peluang baru, dan menganalisis kejayaan dan kegagalan mereka sendiri. Hanya pendekatan yang berdisiplin untuk memperbaiki diri mampu membawa anda kepada kejayaan.

01.jpg

Apakah kesan apabila tidak berdisiplin dalam trading?

Pertama sekali, disiplin membantu trader mengawal emosi mereka, kerana keputusan yang terburu-buru membawa kepada kesilapan. Untuk gambaran yang lebih jelas, mari kita lihat apa akibat-akibat yang boleh terjadi kesan dari kesilapan tersebut.

Overtrading

Overtrading adalah salah satu kesilapan yang paling biasa dilakukan oleh kedua-dua kategori trader, iaitu trader pemula dan trader yang berpengalaman. Seperti yang anda boleh teka daripada namanya, intipati fenomena ini adalah trading secara berlebihan. Trader sama ada membuka terlalu banyak urusniaga yang bukan sebahagian daripada pelan trading, atau membuka urusniaga yang risikonya berlebihan daripada yang boleh diterima. Lumrahnya, ini membawa kepada kerugian.

Kesilapan ini seringkali disebabkan oleh penyimpangan daripada strategi trading, dan kegagalan trader untuk mengikuti peraturan yang mereka cipta untuk diri mereka sendiri.

Berurusniaga dengan cuai

Kesilapan ini sangat lazim dalam kalangan pemula, tetapi tiada siapa yang kebal terhadapnya. Sebarang operasi trading haruslah berlandaskan data-data analisis, bukan kerana impuls hawa nafsu. Namun ada situasi bilamana trader kalah dengan nafsunya dan berurusniaga dengan terburu-buru.

Sebarang pembelian atau penjualan sekuriti hendaklah dibuat hanya selepas menganalisis situasi sejajar dengan pelan trading. Jika tidak, trading akan menjadi satu kerja yang sia-sia dan merugikan.

Memilih masa yang salah untuk berurusniaga

Manusia berkecenderungan untuk tamak, mahu mendapatkan segala-galanya sekali gus, dan trader juga tidak terkecuali. Justeru, apabila trader melihat peluang, walaupun ia tidak sesuai dengan strategi, mereka berusaha untuk memanfaatkannya tanpa memikirkan akibatnya. Mungkin sangat sukar untuk kita mengalihkan fokus setelah melihat pergerakan tertentu pada carta, tetapi ketamakan jarang berakhir dengan baik.

Bersabar dan patuhilah strategi anda, percayakan akal rasional anda dan buat keputusan anda berdasarkan analisis.

02.jpg

Cara memupuk disiplin dalam trading

Jadi bagaimana anda boleh meningkatkan disiplin dalam trading dan mengawal diri untuk mengelakkan kesilapan-kesilapan di atas? Berikut senarai tips daripada mereka yang telah berjaya.

Memisahkan diri daripada majoriti

Dalam trading, sentiasa ada godaan untuk mengikuti majoriti. Jika semua orang trade dan mereka meraih keuntungan, maka anda juga akan untung, benar? Salah.

Jika semua orang melakukan perkara yang sama, walaupun ia mungkin kelihatan seperti perkara yang betul untuk dilakukan, ia akhirnya akan menggerakkan pasaran, yang secara positifnya akan membawa kepada kegagalan. Oleh itu, sentiasa berfikir dengan akal anda sendiri dan analisis pasaran dengan teliti.

Gunakan pelan trading anda

Apabila anda mencipta pelan trading, anda melakukannya dengan bersebab. Setiap pelan trader mesti benar-benar berpaksikan diri anda dan mengambil kira faktor-faktor seperti matlamat, persepsi risiko dan gaya hidup anda secara spesifik. Cuba untuk tidak terlepas pandang apa-apa perkara yang boleh memberi kesan kepada trading anda.

Sungguh pun begitu, pelan trading hanya akan cukup berkesan jika anda mematuhinya dengan tepat.

Elakkan perkara yang jelas dalam trading

Jika anda ternampak sesuatu yang jelas-jelas akan membawa keuntungan, besar kemungkinan orang lain juga turut nampak perkara yang sama. Dan jika orang ramai berpusu-pusu merebut peluang itu, anda tidak akan mendapat apa-apa.

Buat peraturan dan patuhinya

Anda mencipta peraturan trading untuk menyelamatkan diri anda daripada banyak masalah sekiranya pasaran berpatah balik melawan anda. Tiada gunanya membangunkan strategi yang anda gunakan hanya apabila semuanya berjalan lancar. Teruskan mematuhi peraturan, walaupun situasi tampak seperti semakin tidak terkawal. Inilah yang akan menjaga anda daripada mendapat lebih banyak masalah.

Awas dengan tanda-tanda amaran

Kita semua sudah terbiasa berharap semoga semuanya akan baik-baik sahaja. Tetapi dalam trading, adalah berbaloi untuk menyingkirkan perasaan tersebut, terutamanya jika anda melihat petanda-petanda dan signal yang menunjukkan kerugian berpotensi menerpa. Anda tidak boleh mengabaikan amaran ini dan memilih untuk mengandalkan harapan kosong.

Abaikan "sifu" (market gurus)

Sifu trading menguar-uarkan bahawa mereka telah menguasai bidang ini dengan sempurna dan bersedia untuk mengajar anda perkara yang sama. Malah, mereka mahu mempergunakan anda untuk meningkatkan keuntungan mereka, dan anda sendiri akan ditinggalkan dengan poket yang kosong. Oleh itu, janganlah anda percayakan sembang besar mereka.

Susun masa lapang anda

Adalah perlu membangunkan bukan sahaja pelan tindakan kerja, tetapi juga pelan rehat. Adalah mustahil untuk terlibat dalam trading sepanjang masa dan mengawal keadaan tanpa kehilangan fokus. Beri diri anda masa untuk berehat supaya anda boleh beraksi dengan segar dan bersemangat.

Jangan cuba untuk menebus kerugian

Malangnya, trading memang terkait dengan risiko dalam apa jua keadaan, jadi tiada siapa yang kebal terhadap penyusutan baki akaun (drawdown). Katakanlah anda gagal, dan anda fikir anda perlu untung hanya sedikit sahaja lagi. Jika anda terus degil mengejar perkara tersebut, anda tidak akan untung apa-apa, tetapi hanya kehilangan wang lagi dan lagi. Dalam senario seperti itu, adalah sangat penting untuk terus memastikan kepala dan dada anda dingin dan tidak dikuasai emosi. Percayakan strategi anda dan patuhinya.

Gunakan naluri anda

Bukan algoritma matematik sahaja yang penting dalam trading, tetapi juga keupayaan untuk berfikir di luar kotak. Sambil anda mengembangkan kemahiran analisis anda, jangan lupa untuk dengari gerak hati (naluri) anda.

Gunakan perkakas kerja anda dengan bijak

3.jpg

Anda boleh menggunakan mana-mana platform trading agar ia memanfaatkan anda. Biasakan diri anda dengan pelbagai ciri yang ada dalam MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 dan kemudian terapkan pada operasi anda. Ada pelbagai jenis alat bantuan kerja yang boleh menjadikan kehidupan trader lebih mudah dan melaksanakan fungsi mereka tanpa campur tangan trader.

Tetapi kita tidak boleh bergantung sepenuhnya pada mesin yang tidak berakal dan jiwa. Anda bertanggungjawab untuk membuat keputusan anda sendiri, dan perisian ini cuma melaksanakan pesanan anda.

Buang mentaliti makan gaji

Kita sudah terbiasa dengan waktu kerja tertentu yang dibalas secara konsisten dengan gaji. Tetapi jangan berharap untuk dapat mengekalkan status quo ini apabila bergiat sebagai seorang trader. Trader tidak mempunyai gaji yang stabil. Biasakan diri dengan idea di mana bajet anda untuk tahun ini akan bergantung pada hanya beberapa hari yang terbaik di pasaran.

Reda dengan potensi kerugian

Bagi kebanyakan trader, bahagian yang paling sukar dalam trading adalah keupayaan untuk berhadapan dengan kerugian. Walau bagaimanapun, anda perlu menerima bahawa trading yang rugi adalah lumrah yang tidak dapat dielakkan. Malah, kemenangan besar jauh lebih jarang berlaku berbanding kerugian yang kecil. Ini salah satu bentuk interaksi pasaran yang alamiah. Setiap kerugian adalah pengajaran baru yang anda boleh gunakan untuk maslahat anda pada masa akan datang.

Awas dengan riak, takbur, dan ujub

Apabila anda diselubungi oleh euforia kejayaan anda sendiri, anda mula melihat trading dengan cara yang berbeza. Beberapa bulan yang menguntungkan membuat anda berasa megah, dan anda mula percaya bahawa anda akhirnya telah menguasai trading dan pasaran kini melutut di bawah ihsan kata telunjuk anda.

Tetapi sejarah mengajar kita bahawa kuasa yang besar datang bersama tanggungjawab yang besar. Jika anda tidak mengawasi urusniaga anda dengan teliti, keadaan akan menjadi tidak terkawal, dan anda akan terpeleset dan berguling ke lembah, kembali ke petak mula.

Elakkan hingar bingar pasaran

Harga di pasaran sentiasa berubah, kadang-kadang sebagai sebahagian daripada trend, dan kadang-kadang terdapat turun naik yang sementara dan kecil, nah, itulah dia hingar pasaran (market noise). Anda tidak patut bertindak balas terhadap setiap pergerakan kecil pada harga. Belajar untuk membezakan hingar tersebut daripada signal yang benar-benar penting.

Kesimpulan

Laluan yang ditempuh para trader tidak semuanya mudah dan jelas. Kita semua melakukan kesilapan dan lambat laun berhadapan dengan kekecewaan.

Namun, sebarang kesilapan boleh dijadikan pengajaran yang membantu kita bergerak ke hadapan dan berkembang. Kesabaran dan disiplin dalam trading akan membantu anda, bukan sahaja untuk mengukuhkan kedudukan anda sebagai trader, tetapi juga untuk mengekalkannya tanpa tunduk kepada emosi yang impulsif.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.