FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

11 Apr 2025

Strategi

Cara Untuk Mula Trade Emas: Panduan Langkah Demi Langkah

MDP-8004_1_cover_1200x675_MS.png

Semua yang anda perlu tahu tentang trading emas

Trading emas mungkin tampak seperti satu usaha yang kompleks dan rumit, terutamanya bagi golongan pemula. Dalam artikel ini kita akan membahas langkah-langkah yang boleh membantu anda berjaya sebagai trader emas.

Langkah 1: Fahami pergerakan harga

Bukan rahsia lagi bahawa emas tidak bergerak dengan cara yang sama seperti pasangan forex, saham, atau komoditi lain, jadi langkah penting yang pertama adalah mempelajari apa yang mendorong pergerakan harganya. Harga emas dipengaruhi oleh beberapa faktor ekonomi, psikologi, dan geopolitik.

Inflasi dan deflasi

Emas antara aset yang paling selamat kerana daya tahannya. Ia cara yang sudah terbukti berkesan untuk melakukan lindung nilai (hedging) melawan inflasi pada saat ekonomi sedang gawat bilamana nilai wang tunai merosot dengan cepat — jadi wajarlah jika harga emas naik apabila inflasi meningkat.

Walau bagaimanapun, ketika ekonomi sedang mengalami deflasi, wang tunai menjadi lebih berharga, jadi permintaan untuk emas mungkin merosot kerana pelabur mengutamakan matawang.

Penawaran dan permintaan

Bekalan emas agak stabil kerana perlombongan emas baru perlahan dan memakan kos yang mahal. Secara hipotesis, penemuan atau kemajuan teknologi perlombongan boleh meningkatkan bekalan dan menurunkan harga.

Permintaan yang lebih tinggi mendorong harga naik. Sebagai contoh, negara seperti India dan China mendorong permintaan emas untuk perhiasan, dan emas juga digunakan dalam sains, kejuruteraan dan perubatan.

Emosi, berita dan peristiwa dunia

Krisis ekonomi dan ketegangan geopolitik menyebabkan pelabur beralih kepada emas sebagai aset selamat. Ketamakan juga boleh mempengaruhi harga emas bilamana pelabur berspekulasi tentang kenaikan harga, yang membawa kepada kenaikan harga yang drastik.

Kadar faedah dan data ekonomi lain mungkin juga memberi kesan kepada emas. Emas dan kadar faedah terkorelasi secara songsang. Begitu juga, emas juga berkorelasi songsang (negatif) dengan USD. Apabila harga emas meningkat, USD menurun, dan sebaliknya. Bagaimanapun, ketika ekonomi dilanda krisis dan ketidakpastian, mereka boleh bergerak dalam arah yang sama — trader menganggap kedua-duanya sebagai pelaburan yang selamat.

Mengapa penting untuk mengkaji harga silam

Jangan abaikan kajian sejarah harga — ia boleh memberikan anda beberapa wawasan yang berharga.

  • Mengenalpasti trend: ia membantu anda memahami tingkah laku emas dalam pelbagai situasi ekonomi.

  • Mengurus risiko anda: mengetahui butiran tentang kemeruapan masa lalu membantu pelabur membuat keputusan yang tepat.

  • Gunakan strategi pelaburan yang lebih baik: belajar dari masa lalu dan buat pilihan beli vs jual yang lebih baik pada masa akan datang.

Mula trade komoditi dengan FBS. Buka akaun demo sekarang.

Langkah 2: Pilih jenis aset yang tepat

Pelaburan emas datang dalam pelbagai bentuk dan saiz, daripada emas fizikal (bahan mentah, barang kemas) sehinggalah kepada ETF, niaga hadapan dan opsyen, masing-masing dengan risiko, kelebihan, dan dinamik pasaran tersendiri. Berikut adalah pecahan instrumen trading yang utama untuk emas.

Emas fizikal

  • Emas fizikal masih lagi pilihan yang popular di pasaran komoditi. Ia pelaburan jangka panjang selamat dan boleh membantu melindungi nilai daripada inflasi dan krisis ekonomi. Dengan membeli emas fizikal (syiling, jongkong, barang kemas), anda membeli aset nyata: ia adalah logam berharga yang sebenar, bebas daripada risiko pihak ketiga.

  • Tetapi sila ambil maklum bahawa ia juga mempunyai kekurangan. Ia mempunyai kecairan yang rendah kerana memerlukan masa untuk dijual atau dibeli berbanding dengan aset kertas (paper assets), dan ia memerlukan penyimpanan yang selamat dan anda perlu membayar fi jika anda berurusniaga dengan entiti komersil.

ETF Emas

Exchange Traded Funds, atau ETF, adalah sekumpulan aset yang menjejaki prestasi indeks.

Dengan ETF anda boleh mengagihkan risiko merentasi pelbagai aset emas yang berbeza dan melupakan semua faktor yang merisaukan anda: dana ini diuruskan oleh para profesional. Namun, kelebihannya datang bersama sisi negatif: kos boleh menjadi agak tinggi dan bergantung pada pengurus dana ada risikonya yang tersendiri.

Opsyen dan niaga hadapan emas

Opsyen memberikan hak, tetapi bukan kewajipan, untuk membeli atau menjual niaga hadapan emas pada harga yang ditetapkan sebelum tamat tempoh.

Niaga hadapan emas adalah kontrak antara pembeli dan penjual. Emas dibeli atau dijual pada di masa hadapan dengan harga yang telah dipersetujui terlebih dahulu.

  • Ramai pelabur memilih niaga hadapan emas dan opsyen kerana kecairannya yang tinggi, dan akses kepada amaun emas yang lebih besar menerusi penggunaan leveraj dengan modal pelaburan yang lebih kecil.

  • Namun, terdapat juga kelemahan: leveraj datang dengan risiko yang lebih tinggi, kontrak mesti dilaksanakan sebelum tarikh tamat, dan perdagangan niaga hadapan memerlukan kepakaran tertentu.

Emas dalam bentuk digital

Matawang kripto wujud dalam pelbagai jenis dan bentuk, termasuk yang berkaitan dengan emas. Token digital mewakili sejumlah emas — ia boleh dijual dan dibeli semudah saham atau forex.

Sila maklum bahawa pasaran kripto sangat berisiko dan urusniaga anda bergantung pada platform atau broker yang anda pilih. Sentiasa semak latar belakang syarikat dan hanya bekerjasama dengan broker yang berlesen. Ia juga melibatkan fi transaksi dan penyimpanan, jadi pastikan anda sedar tentang kewujudan kos-kos tambahan supaya anda tidak terkejut pada kemudian hari.

Matlamat

Aset terbaik

Mengekalkan kekayaan secara jangka panjang

Emas fizikal

Spekulasi & trading secara aktif

Niaga hadapan atau opsyen emas

Akses yang mudah dan rendah kosnya

ETF Emas

Lindung nilai melawan inflasi

Emas fizikal

Trading dengan berleveraj

Niaga hadapan atau opsyen emas

Spekulasi harga jangka pendek

Niaga hadapan, opsyen, atau ETF

Adakah anda pernah cuba trade emas? Trade emas sekarang dengan FBS

Langkah 3: Pilih strategi anda

MDP-8004_2_1200x675_MS.png

Strategi yang dirancang dengan baik berdasarkan situasi pasaran, toleransi risiko, dan keperluan adalah kunci kejayaan dalam trading.

Apa gaya trading anda?

Pendekatan yang berbeza berkesan dengan rangka masa dan matlamat yang berbeza. Selidiki pasaran dan pilih pendekatan yang sesuai untuk anda dan matlamat anda.

  • Bagi trader intrahari, scalping mungkin jalan yang terbaik: menangkap pergerakan kecil harga di pasaran emas yang sangat cair.

  • Untuk trader swing — trading sempena penembusan aras harga: membuka posisi ketika emas melepasi aras rintangan atau sokongan yang penting.

  • Mengikuti trend — menunggang momentum trend menaik atau trend menurun harga emas — berkesan untuk trader jangka pendek dan jangka panjang.

Menganalisis situasi pasaran emas

Jika inflasi meningkat, nilai emas cenderung meningkat (contohnya, semasa lonjakan inflasi 2022). Jika kadar faedah meningkat, harga emas boleh jatuh apabila bon dan wang tunai menjadi lebih menarik.

Kenal pasti matlamat anda dan ceburi dunia trading emas bersama FBS!

Analisis dan pengurusan risiko

Analisis pasaran mungkin kelihatan sukar pada awalnya, tetapi ia membina asas yang kukuh untuk perdagangan anda. Gunakan analisis fundamental: pantau data ekonomi, CPI, NFP, dan dasar-dasar Fed. Jangan abaikan indikator teknikal seperti purata bergerak, RSI, ATR dan pengunduran Fibonacci. Baca lebih lanjut tentang hal ini dan indikator lain dalam artikel FBS “Apa itu Analisis Teknikal dalam Trading.”

Mari kita lihat indikator Average True Range (ATR). Ia boleh membantu anda mencari titik kemasukan. Hanya buka carta XAUUSD, dan masukkan ATR dengan 15 tempoh. Jika ATR naik, harga emas akan melonjak lebih tinggi.

Satu langkah yang penting bagi setiap trader adalah pengurusan risiko yang bijaksana. Set pesanan renti rugi untuk mengehadkan kerugian dan mempelbagaikan portfolio emas anda.

Contoh strategi: menggunakan persilangan purata bergerak

Salah satu cara untuk meraih keuntungan daripada trend dalam trading emas adalah dengan menggunakan strategi persilangan purata bergerak (moving average). Menurut pendekatan ini, emas berbaloi untuk dibeli jika purata bergerak jangka pendek menyilang ke sebelah atas purata bergerak jangka panjang. Jadi adalah lebih baik untuk menjual emas apabila purata bergerak jangka pendek menyilang ke sebelah bawah purata bergerak jangka panjang. Bagaimana untuk memilih tempoh yang ideal untuk kedua-dua purata bergerak tersebut? Penyilangan purata bergerak 10 tempoh dan 60 tempoh pada carta 1 jam boleh jadi pilihan yang baik — anda boleh trade di pertengahan trend.

Contoh strategi: ikuti kadar faedah sebenar

Analisis fundamental membolehkan trader menggunakan maklumat daripada pelbagai faktor dan memanfaatkannya. Sebagai contoh, kadar faedah: kadar faedah yang lebih rendah membawa kepada harga emas yang lebih tinggi. Sila maklum bahawa strategi ini hanya berfungsi untuk trader jangka panjang!

Jika anda seorang trader jangka panjang, anda boleh mempertimbangkan peluang membeli jika hasil bon kurang daripada 1% dan menggunakan hasil sekuriti Perbendaharaan A.S. yang terlindung daripada inflasi

(TIPS) sebagai proksi untuk kadar faedah sebenar di A.S. Tetapi, jika kadar hasil pada TIPS meningkat melebihi 2%, pelabur biasanya memberi tumpuan kepada urusniaga jual.

FBS menawarkan anda peluang untuk meraih manfaat daripada perdagangan emas: sertai sekarang!

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.