FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

04 Jun 2025

Strategi

Margin Call: Apakah Ia & Cara Menghindarinya

Margin Call: Apakah Ia?

Anda mungkin pernah terdengar tentang suatu berita buruk yang amat tidak disenangi oleh para trader: margin call. Kami berharap anda tidak perlu mengalami sendiri margin call untuk memahami betapa seriusnya malapetaka ini.

Margin call (panggilan margin) adalah permintaan daripada broker agar trader meningkatkan nilai akaun margin mereka kepada baki minimum yang telah ditetapkan oleh broker.

Malangnya, sesetengah orang yang trade dengan akaun bermargin tidak tahu tentang risiko yang terkait dengannya.

Sungguh begitu, walaupun margin call mungkin kedengaran tidak menyenangkan, reputasinya yang menakutkan tidak mampu menghalang trader yang bernafsu daripada menggunakan leveraj pada portfolio mereka. Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Jangan sudah terperosok, baru hendak membaiki lantai. Jadi mari kita permudahkan istilah ini dan kenali apa itu margin call dan cara untuk menghindarinya.

Poin-poin utama

  • Margin call berlaku apabila nilai akaun trader menyusut lebih rendah daripada aras penyelenggaraan margin yang disyaratkan oleh broker mereka.

  • Trader boleh mencetus margin call dengan trading menggunakan leveraj yang tinggi dengan dana yang tidak memadai dalam akaun mereka.

  • Margin call biasanya berlaku ketika kemeruapan sedang tinggi di pasaran atau terjadi pergerakan yang tidak dijangka di pasaran.

  • Untuk memenuhi tuntutan margin call, trader boleh mendepositkan lebih banyak dana atau menutup beberapa posisi.

  • Trader boleh mengelakkan margin call dengan memahami margin call, menggunakan pesanan renti rugi (stop loss), menskalakan posisi (scaling-in), dan memahami strategi trading mereka dengan jelas.

Apakah itu margin call?

Margin call merujuk pada perdagangan bermargin, satu kaedah yang popular dalam kalangan trader untuk meningkatkan kuasa beli mereka dan membuka urusniaga yang lebih besar. Dengan membuka akaun bermargin, orang ramai boleh berdagang menggunakan margin, bermakna mereka menggunakan wang mereka sendiri dan dalam masa yang sama turut meminjam wang daripada broker untuk trade instrumen tertentu. Berdagang dengan margin boleh membawa keuntungan yang besar, tetapi ia juga boleh membesarkan lagi kerugian yang besar.

“Menggunakan margin adalah bagus apabila pasaran bergerak seperti yang dijangkakan, tetapi margin call amat teruk sekali.”

Margin perdagangan datang bersama dengan risiko margin call, yang menunjukkan bahawa instrumen yang dipegang dalam akaun margin telah merosot nilainya. Secara ringkasnya, margin call berlaku apabila nilai akaun trader jatuh di bawah paras penyelenggaraan margin (margin maintenance level) yang telah disyaratkan oleh broker mereka.

Setiap broker mempunyai syarat penyelenggaraan minimum yang perlu dipenuhi oleh trader apabila berdagang dengan margin. Nilai kritikal yang membawa kepada margin call adalah suatu peratusan daripada jumlah margin. Setiap broker mempunyai keperluan margin penyelenggaraan sendiri, yang boleh menjadi 20-30%.

Apakah faktor yang mencetus margin call?

Margin call boleh dicetuskan oleh beberapa faktor, yang paling lazim ialah apabila trader berdagang dengan leveraj yang tinggi manakala dana pula tidak mencukupi di dalam akaun. Apabila trader menggunakan leveraj, mereka sebenarnya meminjam wang daripada broker mereka untuk membuka posisi yang lebih besar.

Semasa kemeruapan sedang tinggi, ekonomi tidak menentu, atau harga berubah-ubah dengan drastik, leveraj boleh memberi impak yang negatif kepada trader, menyebabkan kerugian besar yang boleh mengurangkan nilai akaun mereka dengan cepat.

Strategi trading yang tidak dibina dengan baik juga boleh mencetuskan margin call.

Bilakah margin call berlaku?

Margin call biasanya berlaku semasa pasaran sedang mengalami kemeruapan yang tinggi atau harga bergerak dengan mendadak. Berita, peristiwa, laporan ekonomi, atau faktor lain boleh menyebabkan pasaran bergerak secara tiba-tiba, dan margin call boleh berlaku pada bila-bila masa.

Trader yang menggunakan leveraj tinggi dan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menampung kerugian lebih cenderung untuk menerima margin call semasa pasaran tidak menentu.

Cara memenuhi tuntutan margin call

Jika trader menerima margin call, mereka harus memenuhi tuntutannya dengan segera tetapi tidak lewat daripada tarikh akhir yang ditetapkan, yang biasanya dalam masa dua hingga lima hari.

Untuk memenuhi tuntutan margin call, trader ada dua pilihan:

  • Mendepositkan dana tambahan ke dalam akaun. Mendepositkan lebih banyak dana boleh meningkatkan nilai akaun dan memulihkan nilai akaun melebihi paras penyelenggaraan margin yang disyaratkan.

  • Menutup beberapa posisi. Menutup beberapa pesanan boleh membantu mengurangkan risiko keseluruhan dan mengelakkan kerugian yang lebih parah.

Apabila margin call berlaku, trader mesti memilih untuk sama ada mendepositkan dana tambahan atau menutup beberapa posisi yang sedang aktif pada akaun tersebut. Jika tidak, broker boleh menutup beberapa posisi yang diperlukan untuk membawa baki anda kembali ke paras yang disyaratkan dan kadangkala ini dilakukan tanpa notis.

Trader yang telah memenuhi margin call boleh menghubungi broker mereka untuk menentukan tarikh akhir dan jalan penyelesaian. FBS mempunyai khidmat pelanggan berbilang bahasa yang beroperasi 24/7, sentiasa bersedia untuk menjawab sebarang soalan pelanggan.

Image.jpg

Cara-cara menghindari margin call

Jika anda tidak memahami konsep perdagangan dengan margin dan bagaimana margin call berfungsi, anda mungkin terkejut mendapati akaun anda meledak secara tiba-tiba.

Tetapi trader trader menghalang kejadian buruk ini daripada berlaku. Berikut beberapa tip untuk mengelakkan margin call:

Trade dengan kefahaman yang jelas.

Sebelum anda trade dengan margin, pertimbangkan dengan teliti sama ada anda benar-benar memerlukannya. Jika ya, fahami sebaik dan sebanyak yang mungkin tentang perdagangan bermargin, kemeruapan pasaran, dan strategi trading, dan gunakan teknik pengurusan risiko untuk mengurangkan kesilapan yang mahal.

Ketahui syarat margin SEBELUM anda membuat pesanan.

Dengan mengetahui semua butiran, anda boleh memilih leveraj yang sesuai dan memastikan bahawa anda mempunyai dana yang mencukupi untuk menampung urusniaga perdagangan anda. Selain daripada itu, pantau pesanan dan baki margin anda dengan kerap.

Gunakan pesanan renti rugi atau trailing stop.

Pesanan ini boleh mengehadkan kerugian anda dan memastikan nilai akaun anda tidak merosot menjadi kurang daripada paras penyelenggaraan margin yang diperlukan.

Besarkan posisi anda berdikit-dikit (scaling in) dan jangan terus trade besar sekaligus.

Scaling in dalam bermakna anda bermula kecil dan membesarkannya dengan mantap: anda membuka satu pesanan mini dan kemudian menambah lagi apabila harga bergerak memihak kepada anda, melaraskan renti rugi anda. Dengan cara itu, anda mengurangkan risiko dan boleh memilih leveraj yang sesuai.

Dengan tip-tip ini, strategi yang mantap, dan pembelajaran yang berterusan, anda boleh menghindari margin call.

Cara mengira margin call: contoh formula

Katakan seorang trader mempunyai akaun margin dengan baki permulaan $20,000 dan memutuskan untuk membeli 500 saham saham XYZ pada harga $50 sesaham. Jumlah kos pesanan ialah $25,000 ($50 sesaham x 500 saham.)

Dengan mengandaikan broker mempunyai syarat margin 50%, trader harus meletakkan $12,500 (50% daripada $25,000) dan meminjam baki $12,500 daripada broker untuk melaksanakan pembelian.

Jika nilai saham XYZ jatuh kepada $40 sesaham, jumlah nilai pesanan akan menjadi $20,000 ($40 sesaham x 500 saham) – sama dengan baki permulaan dalam akaun margin trader.

Walau bagaimanapun, trader masih berhutang dengan broker sebanyak $12,500, yang dipinjam untuk membeli saham tersebut. Oleh kerana nilai pelaburan telah jatuh di bawah syarat margin 50%, trader menerima panggilan margin daripada broker untuk mendepositkan dana atau sekuriti tambahan untuk membawa akaun kembali ke paras margin yang diperlukan.

Untuk mengira amaun margin call, broker menggunakan formula yang sama seperti dalam contoh sebelumnya:

amaun margin call = (nilai semasa sekuriti dalam akaun x syarat margin) - baki akaun

Dalam kes ini, amaun margin call adalah:

amaun margin call = ($20,000 x 50%) - $12,500

amaun margin call = $10,000 - $12,500

amaun margin call = -$2,500

Oleh itu, trader perlu mendepositkan tambahan $2,500 untuk memenuhi tuntutan margin call dan mengekalkan posisi saham XYZ mereka. Jika trader gagal memenuhi tuntutan margin call, broker boleh melikuidasi beberapa atau semua pesanan yang aktif untuk menampung hutang tertunggak.

Jadi, seberapa berisikokah perdagangan bermargin?

Perdagangan bermargin adalah satu bentuk perdagangan yang sangat berisiko. Biarpun ia meningkatkan keuntungan, dalam masa yang sama ia juga boleh meningkatkan kerugian. Penggunaan leveraj boleh melesapkan baki akaun trader dengan cepat jika pasaran bergerak bertentangan dengan jangkaan mereka. Selain daripada itu, margin call boleh memberikan tekanan dan sukar untuk diuruskan dalam pasaran yang berubah dengan pantas.

Orang yang ingin berdagang dengan margin perlu mempunyai keawasan pasaran yang tinggi dan toleran terhadap risiko. Adalah penting untuk mempertimbangkan risiko perdagangan bermargin dengan teliti sebelum bermula.

Kesimpulan

Perdagangan bermargin adalah pendekatan trading yang lumayan dan ia berpotensi meningkatkan kadar keberuntungan, tetapi ia datang dengan risiko yang lebih tinggi. Trader yang ingin berdagang dengan margin perlu memahami pasaran, perdagangan dengan margin, dan toleransi risiko. Mereka juga perlu menyediakan dana tambahan untuk memenuhi margin call sekiranya ia berlaku. Jika trader menerima panggilan margin daripada broker, mereka harus memenuhi tuntutannya dengan cepat dan memastikan sekuriti tidak dicairkan.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.