FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

26 Mei 2025

Asas

Terminologi Trading: 20+ Perkataan Slanga Popular Digunakan oleh Trader

Terminologi Trading

Walaupun perkataan slanga trading biasanya dianggap tidak profesional atau konvensional, ia masih digunakan secara meluas oleh trader di seluruh dunia. Sambil anda melangkah lebih jauh dalam usaha trading anda, anda harus turut memperkayakan perbendaharaan kata trading anda, supaya anda boleh berkomunikasi seperti seorang profesional.

Tiada kata seindah bahasa

Skop aktiviti manusia amat pelbagai. Terdapat banyak bidang di mana kita menggunakan kebolehan intelektual dan fizikal kita. Selalunya, suatu bidang pekerjaan memerlukan banyak kata-kata khususnya sendiri – jargon. Ini membolehkan mereka yang terlibat berkomunikasi dengan cepat dan berkesan.

Trading tidak terkecuali daripada hal ini. Terdapat banyak idiom dan istilah kewangan yang digunakan oleh para pemain pasaran dengan meluas. Mengetahui terminologi (istilah) pelaburan saham adalah penting bagi sesiapa sahaja yang serius tentang trading.

Di bawah ini, kami sajikan beberapa istilah trading paling popular yang boleh membantu anda bergiat dengan lebih baik dalam trading sehari-hari.

Slanga dari pelbagai sumber

Dari mana datangnya idiom kewangan? Jawapan ringkasnya, dari mana-mana sahaja. Kami tidak membesar-besarkan hal ini. Seperti yang anda akan lihat, istilah-istilah ini diilhamkan oleh pelbagai sumber: alam semula jadi, geografi, stereotaip budaya, angkasa, sejarah, budaya pop, dan juga cerita dongeng. Sesetengah daripadanya mungkin kelihatan janggal atau benar-benar pelik, tetapi sebaik sahaja anda mengetahui makna dan konteksnya, anda akan dapati ia sebenarnya munasabah.

Welcome to the jungle!

01.jpg

Pasaran adakalanya menakutkan dan kejam, sama seperti hutan belantara yang penuh dengan pemangsa yang tak kenal lelah. Itulah sebabnya istilah pelaburan mempunyai begitu banyak istilah haiwan — lembu jantan, beruang, helang, merpati, dan sebagainya. Lazimnya, istilah trading yang berkaitan dengan haiwan merujuk pada pelbagai tingkah laku di pasaran.

Sebagai contoh, trader yang bear (beruang) adalah trader yang pesimis, manakala bull (lembu jantan) melihat pasaran dengan wawasan yang lebih positif. Pendekatan yang sama juga terpakai untuk suasana di pasaran: pasaran dikatakan bearish jika ia dilihat dengan perspektif yang negatif dan pasaran dikatakan bullish jika trend sedang menaik.

Tentang hubungan

Lumrah alam ini, kebanyakan makhluk diciptakan berpasangan. Ini 100% benar untuk pasaran Forex, di mana matawang wujud secara berpasangan dan membuat anda cemas apabila nilainya berubah. Justeru, munsabahlah jika para trader mempunyai nama panggilan khas untuk pasangan-pasangan matawang paling utama di dunia.

Berikut nama-nama yang anda mungkin akan temui apabila anda trade pasangan Forex:

Aussie (Ozzie) dan Matie untuk AUDUSD.

Kabel untuk GBPUSD.

Barney untuk USDRUB.

Betty untuk EURRUB.

Loonie untuk USDCAD.

Ninja untuk USDJPY.

Swissy untuk USDCHF (Swiss franc).

Walaupun bukan istilah pasangan matawang, Kiwi adalah nama yang sering disebut oleh trader apabila merujuk tentang dolar New Zealand.

Meroket ke bulan

02.jpg

Sekarang sudah tiba masanya kita mengetahui kata-kata khusus yang digunakan oleh trader untuk menggambarkan pelbagai pergerakan pasaran. Terdapat sekurang-kurangnya lima frasa yang akan banyak anda dengar semasa trading.

To the moon atau mooning menjelaskan tentang lonjakan harga suatu aset (spike) yang sangat mendadak dan mengejutkan.

Tanking pula adalah situasi yang sebaliknya. Istilah ini digunakan apabila harga menjunam dengan mendadak dan sangat dalam. Ia bukan sesuatu yang ingin disaksikan oleh mana-mana pelabur, tetapi perkara ini berlaku.

Short squeeze terjadi apabila ramai orang bertaruh melawan (short) suatu saham, tetapi kemudian harganya tiba-tiba naik tinggi mencanak-canak. Dalam kes ini, "short sellers" cuba menutup posisi mereka secepat mungkin.

Long squeeze adalah situasi bilamana harga aset tiba-tiba jatuh, mendorong "long holders" menjual aset mereka untuk mengelakkan kerugian.

Akhir sekali, trader boleh jigged out bahana kesilapan mereka membaca pergerakan pasaran. Ertinya di sini, trader meninggalkan pasaran sejurus sebelum pasaran bertukar menjadi positif secara tiba-tiba.

Sembang teknikal

Teknik trading adalah bidang yang luas dengan banyak istilah yang menjentik rasa ingin tahu. Namun untuk panduan ini, kami menyenaraikan hanya beberapa istilah yang paling penting yang harus diketahui oleh trader pemula.

Fading adalah saat bilamana trader memilih untuk berurusniaga dengan melawan arus trend. Itu taktik berani yang memerlukan pengalaman jangka panjang, jadi hanya trader profesional terbaik mampu menggunakannya.

Pump and dump bukanlah satu teknik trading semata-mata, tetapi satu skim. Ia adalah proses mengepam harga saham menggunakan maklumat palsu untuk menimbulkan gembar-gembur berkaitan aset. Dan kemudian, apabila harganya sudah cukup tinggi, saham dilambakkan ke pasaran. Ia sangat tidak beretika dan menyalahi undang-undang.

Squiggly lines adalah istilah lazim untuk indikator yang digunakan oleh trader untuk mengikuti pasaran.

Habis terang timbul gelap

03.jpg

Tatkala anda mula berfikir bahawa jargon-jargon pasaran saham tidaklah begitu gila, tiba-tiba, anda terjumpa jargon seperti ini:

  • Bagel land untuk aset yang akan jatuh ke sifar.

  • Cockroach theory untuk kecurigaan bahawa sebenarnya ada banyak berita buruk di belakang tabir.

  • Dead cat bounce untuk kenaikan jangka pendek pada harga aset yang sedang merosot.

  • Godfather offer untuk tawaran yang mustahil untuk ditolak. Istilah ini diilhamkan daripada trilogi filem Godfather.

  • Smurf untuk pencuci wang haram.

  • Suicide pill merujuk pada taktik terdesak syarikat-syarikat yang mahu mengelakkan pengambilalihan melalui satu set tindakan yang meranapkan diri sendiri. Strategi ini kadang-kadang dipanggil dengan nama yang lebih gelap iaitu "Jonestown Defense," yang diilhamkan oleh kejadian membunuh diri beramai-ramai pada tahun 1978 di Jonestown, Guyana.

  • Zombie debt untuk hutang yang telah lama dilupakan.

Senarai ini boleh diteruskan lagi dengan “killer bee”, “ankle biter”, “eat your own dog food”, “rust bowl”, “Crummey power” dan pelbagai istilah pelik lain untuk menunjukkan kepada anda bahawa lingo pasaran saham penuh dengan kejutan.

Kuasa kata-kata

Mengetahui perkataan dan ungkapan pasaran saham yang paling lazim membantu anda berasa lebih yakin dengan pasaran. Ia memberikan pemahaman yang lebih luas tentang konteks dan peristiwa, membolehkan anda mentafsirkannya dengan betul, dan membuka peluang komunikatif yang baru. Natijahnya, ia menjadikan trading lebih efisien.

Mahu lihat bagaimana ia boleh membantu anda? Terokai dunia istilah trading. Gunakan pengetahuan baru ini dalam aktiviti trading anda untuk menjadi trader yang lebih baik.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.