FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

28 Apr 2025

Asas

Jenis-jenis Akaun Pelaburan: Pilih Pilihan Terbaik

MDP-8112_1_cover_1200x675_MS.png

Menabung adalah topik yang hangat diperkatakan oleh semua orang. Melabur ialah cara sudah terbukti untuk meningkatkan aset anda seiring dengan masa, tetapi bagaimana cara untuk memilih instrumen kewangan yang sesuai untuk keperluan anda? Dalam artikel ini, kami akan menghuraikan jenis-jenis akaun pelaburan utama supaya anda boleh memilih yang selaras dengan matlamat anda.

Apakah itu akaun pelaburan?

Akaun pelaburan adalah akaun kewangan yang membolehkan anda membeli dan memegang pelaburan seperti saham, bon, ETF, dana amanah, dan aset-aset daripada jenis yang lain. Tidak seperti akaun simpanan biasa, yang kebanyakannya memegang wang tunai dan menerima bunga faedah yang minimum, akaun pelaburan direka untuk membina kekayaan anda dari masa ke masa.

Jadi bagaimana ia berfungsi? Pelaburan membolehkan wang anda bekerja untuk anda dengan menjana pulangan melalui faedah, dividen, peningkatan nilai hartanah, dan lama modal (capital gains). Lama-kelamaan, ini boleh membawa kepada pengumpulan kekayaan yang ketara, memberikan anda keterjaminan kewangan dan membantu anda mencapai matlamat hidup seperti persaraan, membeli rumah, atau membiayai pendidikan anak-anak anda.

Pernah cuba melabur dengan FBS sebelum ini? Jangan lepaskan peluang anda, daftar sekarang!

Pelbagai jenis akaun pelaburan

Akaun berfaedah cukai

Akaun berfaedah cukai (tax-advantaged accounts) sangat bagus untuk simpanan jangka panjang, kerana ia menawarkan manfaat cukai tertentu. Terdapat beberapa jenis akaun berfaedah cukai yang direka untuk membantu anda mencapai pelbagai matlamat yang berbeza.

Akaun persaraan bagus untuk simpanan persaraan sambil menikmati faedah-faedah cukai:

  • Akaun 401(k) (di A.S.) ialah satu pelan yang ditaja majikan di mana anda hanya akan dikenakan cukai kemudian iaitu apabila anda mengeluarkan dana (caruman ditunda daripada pengenaan cukai). Adakalanya majikan menyumbang caruman tambahan dengan nilai yang sepadan, yang secara dasarnya adalah wang percuma.

  • Traditional IRA, atau akaun persaraan individu (di A.S.) ialah akaun persaraan peribadi dengan faedah cukai.

  • Roth IRA (di A.S.) membolehkan anda mengeluarkan wang pada usia persaraan tanpa dicukai, sementara caruman dibuat dengan wang yang sudah dikenakan cukai.

  • TFSA, atau Tax-Free Savings Account (di Kanada) ialah akaun di mana pertumbuhan pelaburan dan pengeluaran dikecualikan daripada cukai.

  • RRSP, atau Registered Retirement Savings Plan (di Kanada) adalah akaun di mana caruman berhak menerima potongan cukai, tetapi pengeluarannya dikenakan cukai.

Simpanan pendidikan membantu keluarga menabung untuk pembiayaan pendidikan:

  • 529 Plan (di A.S.) adalah pelan berfaedah cukai untuk simpanan pendidikan, yang direka terutamanya untuk tuisyen universiti.

  • Education Savings Account, atau ESA (di A.S.) membenarkan pertumbuhan bebas cukai untuk perbelanjaan pendidikan.

Akaun pelaburan bercukai

Akaun pelaburan bercukai tidak memberikan sebarang faedah cukai, tetapi ia menawarkan lebih fleksibiliti dan kurang sekatan.

Sebagai contoh, dengan akaun perbrokeran anda boleh melabur sebanyak mana yang anda mahu dalam saham, bon, ETF, dana amanah dan sekuriti lain. Ia tersedia melalui broker saham individu dan broker pelaburan dalam talian, atau anda boleh menggunakan robo-advisor. Ini adalah platform dalam talian yang menggunakan algoritma untuk melabur bagi pihak anda.

Akaun pelaburan yang diuruskan

Jika anda masih tidak pasti bagaimana untuk menavigasi dunia kewangan dan mahukan panduan, akaun pelaburan yang diuruskan (managed investment accounts) mungkin pilihan yang terbaik untuk anda.

  • Robo-advisors menawarkan pelaburan automatik untuk pemula yang lebih suka pendekatan lepas tangan (hands-off). Apabila memilih robo-advisor, periksa fi pengurusan, expense ration, dan akses kepada penasihat manusia.

  • Akaun pengurusan kekayaan (weatlth management accounts) direka untuk individu dengan nilai bersih yang tinggi. Penasihat kewangan profesional menguruskan portfolio yang disesuaikan dengan keperluan anda, termasuk perancangan cukai dan pengurusan harta pusaka.

Akaun khusus

Akaun khusus (specialized accounts) adalah pilihan yang terbaik untuk orang yang mempunyai matlamat lain selain daripada pelaburan standard. Sebagai contoh:

  • Akaun amanah (trust accounts) digunakan untuk perancangan harta pusaka dan pemindahan kekayaan. Ia adalah alat yang baik untuk mengurus dan melindungi aset untuk benefisiari.

  • Akaun pelaburan perniagaan sesuai untuk syarikat atau pemilik perniagaan mengembangkan lebihan wang tunai mereka. Pelaburan mungkin termasuk bon, saham, dan sekuriti lain yang selaras dengan strategi perniagaan.

Trading lebih menguntungkan daripada hanya menyimpan: mula sekarang dengan FBS!

Produk pelaburan popular: panduan ringkas

Dunia produk pelaburan sangat luas, jadi semua orang boleh mencari kelas aset yang memenuhi matlamat kewangan mereka.

Saham & ETF: lebih untung, lebih berisiko

Menjadi pemegang saham dengan akaun pelaburan saham: anda akan dapat membeli, menjual, dan memegang saham serta sekuriti lain, seperti ETF (exchange-traded funds), dana amanah, bon, dan opsyen. Ia memberikan akses ke pasaran saham, membolehkan anda meningkatkan kekayaan dengan trading atau melabur bila-bila masa pasaran saham dibuka. Walau bagaimanapun, terdapat risiko tertentu yang datang dengan potensi pulangan yang tinggi — pasaran saham boleh menjadi sangat tidak menentu.

Dana dagangan bursa, atau ETF (Exchange Traded Funds), adalah seperti sekumpulan saham dalam satu pelaburan. Anda boleh beli satu ETF yang menjejaki sesuatu indeks, sektor, atau pasaran, yang memberikan anda pempelbagaian (diversification) serta-merta dan mengurangkan risiko kerugian anda. Sebagai contoh, ETF S&P 500 (SPY atau VOO) menjejaki indeks S&P 500 yang terdiri daripada syarikat-syarikat terbesar di Amerika Syarikat. termasuk Apple, Microsoft, dan Tesla. ETF biasanya kurang berisiko berbanding saham dan boleh didagangkan sepanjang hari perdagangan.

Dana bersama: usaha yang rendah, pelaburan jangka panjang

Dana bersama (mutual funds) adalah portfolio yang diuruskan secara profesional — anda tidak perlu menjadi pelabur pro. Pengurus dana lebih daripada sekadar menjejak indeks seperti dalam kes ETF, mereka memutuskan saham, bon, atau aset lain mana yang hendak dimasukkan. Sebagai contoh, Fidelity Contrafund (FCNTX) dan Vanguard Total Stock Market Index Fund (VTSAX) adalah dana amanah yang popular yang bagus untuk kepelbagaian dan pelaburan jangka panjang.

Satu lagi ciri dana amanah adalah ia tidak didagangkan di bursa dan ia dinilai pada penghujung hari perdagangan, tidak seperti saham dan ETF. Dana amanah dan ETF boleh sama ada menjejak indeks secara pasif, seperti S&P 500 atau Dow Jones Industrial Average, atau diuruskan secara aktif oleh profesional.

Bon: pendapatan tetap untuk kestabilan

Membeli bon pada dasarnya adalah memberi pinjaman wang untuk tempoh tertentu (tempoh bon) dengan faedah. Anda akan dibayar jumlah pokok pinjaman dan juga faedah apabila tempoh tamat. Jenis-jenis bon termasuk:

  • Bon kerajaan seperti Bon Perbendaharaan A.S. (sangat sesuai untuk pelabur yang berhati-hati dan ingin melabur secara jangka panjang).

  • Bon korporat seperti Apple, Microsoft, dll. (datang dengan risiko yang sedikit lebih tinggi).

Bon adalah sejenis pendapatan tetap yang memberikan kestabilan dan kebolehramalan: anda mendapat aliran pendapatan yang konsisten. Secara umumnya, bon dianggap lebih selamat daripada saham, tetapi selalunya menawarkan pulangan yang lebih rendah. Anda boleh menggunakan bon untuk mengimbangi pelaburan yang lebih berisiko seperti saham. Anda boleh melabur dalam bon melalui akaun pelaburan, atau membelinya secara langsung daripada pihak yang menerbitkannya.

Pelaburan mana yang sesuai untuk anda?

Jika anda mahukan potensi pertumbuhan tertinggi, lihat pada saham & ETF; jika anda memilih pelaburan yang memerlukan kurang usaha, dana amanah mungkin pilihan yang lebih baik. Mencari keterjaminan & pendapatan yang stabil? Pertimbangkan untuk melabur dalam bon dan pendapatan tetap.

Pelabur berpengalaman menggunakan gabungan ketiga-tiganya untuk mengimbangi risiko dan ganjaran. Satu strategi yang lazim lagi menguntungkan ialah memiliki saham dan ETF untuk pertumbuhan, dana amanah untuk pengurusan profesional, dan bon untuk kestabilan.

FBS membuka pintu kepada perdagangan yang terjamin — mulakan perjalanan anda sekarang!

Pilihan pelaburan untuk bajet yang kecil

Ramai orang berfikir bahawa mereka memerlukan banyak wang untuk melabur, tetapi pada hakikatnya anda boleh mula mengembangkan kekayaan anda dengan hanya $50. Mari kita huraikan beberapa pilihan bajet rendah yang berpatutan.

  1. ETF dan dana bersama kos rendah.

    Kurangkan risiko dengan melabur dalam banyak aset sekaligus. Pilihan ini mesra bajet, kerana beberapa ETF, seperti dana kos sifar Fidelity, berharga kurang daripada $10 sesaham.

  2. Saham pecahan.

    Satu saham penuh Amazon berharga $3000, tetapi anda boleh beli $10 nilai saham Amazon — ini dipanggil saham pecahan. Ia membolehkan anda mula melabur dalam saham dengan segera, dengan modal yang minimum.

  3. Robo-advisor dan aplikasi pelaburan mikro.

    Pilihan hebat lain untuk pelabur kecil ialah penasihat robo (contohnya, Betterment) yang secara automatik melaburkan wang anda berdasarkan matlamat dan toleransi risiko anda. Juga, periksa aplikasi pelaburan mikro (seperti Acorns) — mereka memberi peluang untuk melabur dengan baki wang dari pembelian anda sehari-hari. Tidak perlu memilih saham, terutamanya jika anda seorang pemula — AI membuat kerja-kerja itu untuk anda.

  4. Akaun simpanan berpulangan tinggi & deposit tetap.

    Kedua-duanya pilihan yang hebat untuk pertumbuhan kewangan yang selamat dan stabil. Akaun simpanan berpulangan tinggi ialah akaun bank yang menawarkan faedah yang jauh lebih tinggi daripada akaun simpanan biasa dengan akses tanpa had kepada wang anda. Walau bagaimanapun, kadar faedah boleh berubah dan itu boleh menjejaskan simpanan anda.

    Deposit tetap (FD/CD) mengikat wang anda pada kadar faedah yang tetap untuk satu tempoh tertentu. Tiada perbelanjaan impulsif — ia menggalakkan penjimatan, tetapi kurang fleksibiliti. Berita baiknya, kadar faedah adalah tetap, jadi anda tahu dengan tepat berapa banyak yang akan anda peroleh, dan akaun anda diinsuranskan oleh bank, jadi tiada risiko.

  5. Matawang Kripto.

    Ini mungkin sedikit rumit. Sama seperti saham, ia menawarkan potensi pulangan yang tinggi, tetapi ia datang dengan risiko yang tinggi — mana-mana kripto sifatnya memang tidak menentu dan harganya boleh berubah-ubah. Melabur hanya jika anda bersedia untuk rugi dan mempunyai simpanan lain untuk dijadikan tempat bergantung.

Memilih akaun pelaburan yang betul

Terdapat tiga faktor utama yang perlu dipertimbangkan: matlamat pelaburan anda (persaraan, jangka pendek, pertumbuhan jangka panjang), toleransi risiko dan status cukai.

Matlamat pelaburan

  • Sudah hampir dengan usia persaraan? 401(k), IRA, atau Roth IRA mungkin sesuai untuk anda kerana faedah cukainya.

  • Ingin melabur jangka pendek (1-3 tahun)? Anda boleh memilih simpanan berpulangan tinggi atau deposit tetap.

  • Bagi mereka yang mencari ETF pertumbuhan jangka panjang, saham dan robo advisor adalah yang terbaik.

  • Jika matlamat anda ialah pendapatan yang pasif, pertimbangkan saham dividen dan bon — mereka menyediakan untung yang selamat dan stabil.

Toleransi risiko

Seberapa tinggi risiko yang boleh anda tanggung?

  • Jika anda seorang pelabur yang konservatif, lihatlah kepada bon, simpanan berpulangan tinggi dan CD.

  • Beberapa pilihan berisiko sederhana adalah ETF, dana amanah, robo advisor.

  • Jika anda seorang yang berani mengambil risiko, pertimbangkan saham dan kripto.

Implikasi cukai

Simpanlah lebih banyak wang, namun jangan lupakan implikasi cukai. Akaun dengan faedah cukai (401(k), IRA, dan Roth IRA) adalah yang terbaik untuk pelabur jangka panjang yang ingin menjimatkan cukai; akaun boleh cukai seperti akaun broker dan kripto tidak menawarkan sebarang faedah cukai, tetapi lebih fleksibel.

Rangkuman

Akaun pelaburan berfungsi untuk tujuan yang berbeza berdasarkan matlamat kewangan, kelebihan cukai, toleransi risiko, dan keperluan kecairan. Maksimumkan pulangan anda dan urus risiko secara berkesan dengan memilih apa yang terbaik untuk anda. Jangan abaikan nasihat daripada profesional, bermula secara kecil-kecilan, melabur dengan bijak, dan tingkatkan kekayaan anda!

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.