FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

03 Jun 2025

Matawang

Bitcoin Mengambil Nafas: Adakah Raja Kripto Sedang Bersiap Untuk Paras Tertinggi Baharu?

Ringkasan

Bitcoin sedang menempuh fasa penyatuan berikutan lonjakan yang mencatat rekod baru awal bulan ini:

  • 28 Mei 2025: Ditutup $109,068.50, merosot sedikit berbanding $109,377.70 pada hari sebelumnya.
  • 27 Mei 2025: Didagangkan di antara $109,460 dan $110,830, ditutup $ 108,980.
  • 26 Mei 2025: Ditutup $109,455.30 selepas ia mencecah paras tertinggi $110,401.40 dan merosot ke paras $108,694.00.

Turun naik dalam julat yang sempit ini menunjukkan Bitcoin sedang mengukuh di atas zon $109,000, berpotensi mempersiapkan pentas untuk langkah penting seterusnya.

Prospek Pasaran Jangka Panjang

Walaupun harga mengalami gelora jangka pendek, sentimen tetap bullish secara umumnya. Penganalisis mengunjurkan Bitcoin boleh mencapai $150,000 hingga $225,000 menjelang akhir tahun ini, disokong oleh:

  • Momentum Institusi: Peningkatan pengadopsian menerusi ETF Bitcoin spot dan pegangan strategik oleh dana-dana utama.
  • Tailwind Pengawalseliaan: Jangkaan dasar-dasar A.S. yang lebih mesra kripto, menggalakkan penyertaan yang lebih meluas.
  • Dinamik Makroekonomi: Kebimbangan berterusan mengenai inflasi, kadar faedah, dan hutang negara terus menyemarakkan permintaan untuk wadah nilai yang berbentuk digital.

Peringatan Risiko

Walaupun optimisme masih berterusan, kemeruapan kekal menjadi ciri penentu dalam landskap kripto. Sebarang perubahan pada nada kawal selia, data ekonomi, atau sentimen risiko boleh mencetuskan pelarasan harga yang mendadak.

Aras-aras Penting Yang Harus Dipantau:

  • Sokongan: $108,700
  • Rintangan: $110,800 dan ATH baru-baru ini di $111,971
  • Pencetus Terobosan: Harga penutupan harian di atas paras $112,000 boleh mencetuskan rali baru ke arah $120,000+

BTCUSD – Rangka Masa H2

BTCUSDH2.png

Carta rangka masa 2 jam BTCUSD menunjukkan harga melantun daripada kawasan konfluens sokongan garisan trend dan zon permintaan berhampiran aras Pengunduran Fibonacci 86%. Di samping itu, harga tampak seperti sudah melengkapkan pola SBR, seperti yang ditunjukkan oleh sapuan kecairan (sweep of liquidity) bearish, yang terus disusuli dengan pemecahan struktur bullish – pemecahan struktur berganda. Zon permintaan pola SBR mengukuhkan lagi sentimen bullish kerana ia menampilkan konfluens tambahan daripada garisan trend sokongan.

Jangkaan Penganalisis: 

Arah: Bullish

Sasaran- 108617.40

Pembatalan- 103193.50

KESIMPULAN

Anda boleh akses lebih banyak idea trading dan berita terkini pasaran secara terus dalam saluran Telegram kami.

Perdagangan matawang asing dengan margin mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana ia melibatkan risiko yang tinggi. Leveraj yang tinggi boleh meningkatkan potensi keuntungan dan kerugian. Sebelum menceburi pasaran pertukaran matawang asing, anda harus menilai matlamat pelaburan anda, pengalaman peribadi, dan tahap toleransi risiko anda.

Kongsi kepada rakan-rakan:
Adetola-Freeman Ogunkunle

Author: Adetola-Freeman Ogunkunle

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

Lebih banyak artikel berkaitan

04 Jun 2025

12:16

USDJPY Menguji Rintangan Utama: Yen Akan Membelok Atau Menembus?

Matawang

30 Mei 2025

12:54

Potongan Kadar Roo Bertemu Dengan Loonie Yang Berhati-hati: AUDCAD Terhimpit Antara Bumbung 0.90 Dan Lantai 0.88

Matawang

29 Mei 2025

11:41

Loonie Di Hujung Tanduk: USDCAD Menanti Penembusan Bila Bulls Uji Rintangan Kritikal

Matawang

29 Mei 2025

10:45

GBPJPY Meningkat Tatkala Pasaran Bon Jepun Gawat

Matawang

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.