1. Kesimpulan
- Harga Semasa: 1.3319
- Zon Rintangan: 1.3300–1.3600
- Aras Sokongan: 1.2500
GBPUSD sedang menguji segugus rintangan utama antara 1.33 dan 1.36. Penembusan yang bersih ke sebelah atas 1.36 boleh melepaskan lebih banyak momentum menaik. Walau bagaimanapun, kegagalan untuk melepasi zon ini boleh mencetuskan pullback ke arah sokongan 1.25, terutamanya jika BoE semakin dovish atau data A.S. membuat kejutan.
Kecenderungan Momentum: Bullish di atas 1.33, tetapi memerlukan pengesahan di atas 1.36 untuk mengekalkan penembusan.
2. Faktor-faktor Fundamental Yang Mempengaruhi Pasangan Ini
Prospek UK
- Q1 2025 KDNK: Berkembang 0.7%, mengatasi jangkaan dan menandakan ketahanan ekonomi.
- Risiko Inflasi: CPI diunjurkan meningkat kepada 3.5% pada Q3, didorong oleh kenaikan utiliti dan cukai, merumitkan laluan BoE.
- Dasar Monetari: Kadar asas kini 4.25% selepas empat pemotongan pada pertengahan tahun 2014. Pembuat dasar BoE tidak sepakat, dengan beberapa (contohnya, Catherine Mann) memberi amaran yang menolak pelonggaran selanjutnya lantaran inflasi yang melekit (sticky inflation).
Prospek A.S.
- PPI April: Turun 0.5% m/m, menunjukkan penurunan tekanan inflasi dan meningkatkan kemungkinan pemotongan kadar Fed pada tahun 2025.
- Dolar sedikit melemah apabila Fed bersikap dovish, menaikkan GBPUSD.
3. Intipati Penting Untuk Trader
Langkah seterusnya pasangan ini bergantung pada data inflasi UK, forward guidance BoE, dan disinflasi yang berterusan di AS.
Pemangkin Akan Datang:
- Laporan CPI & pasaran buruh UK
- Ucapan dan pecahan undi BoE
- Jualan runcit A.S. dan minit mesyuarat FOMC
GBPUSD – Rangka Masa H2

Berikutan penolakan daripada rintangan garisan trend pada paras tertinggi sebelumnya pada carta rangka masa 2 jam GBPUSD, kami telah menyaksikan harga menyapu kecairan luaran (sweeping external liquidity) daripada paras rendah, sekali gus memecahkan struktur. Kini, melihat pengunduran sudah mencapai zon bekalan impuls bearish, itu bermakna harga mungkin akan cuba untuk terus bearish. Sentimen bearish ini disokong oleh konfluen lain seperti trendline rintangan berganda, aras retracement Fibonacci 76%, bekalan rally-base-drop, dan anjakan dalaman struktur pasaran.
Jangkaan Penganalisis:
Arah: Bearish
Sasaran- 1.32133
Pembatalan- 1.33768
KESIMPULAN
Anda boleh akses lebih banyak idea trading dan berita terkini pasaran secara terus dalam saluran Telegram kami.