FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

29 Mei 2025

Matawang

Paun British Bertahan Di Puncak Ketika Aussie Bergelut — GBPAUD Menguji Tekad Bullish Di Saat Data Aussie Sedang Lemah

Ringkasan

  • Purata Bergerak Beri Signal Uptrend:
  • GBPAUD kekal bullish, didagangkan di atas SMA 50 hari (2.0762) dan SMA 200 hari (2.0001). Jajaran ini menyokong pelanjutan kecenderungan menaik.
  • Momentum Kurang Bersemangat:
    • RSI berada di 57.49, mencadangkan situasi yang neutral-ke-bullish.
    • MACD masih sedikit positif (0.0037), mengukuhkan sentimen bullish yang sederhana.
    • ADX berada di 11.22, mencerminkan kekuatan trend yang rendah, bermakna momentum belum cukup nekad untuk mengesahkan penembusan.
  • Pola Harmonik Bearish Muncul:
  • Pola harmonik bearish muncul pada carta 4 jam, dengan aras sokongan kritikal berada di 2.09227.
  • Penembusan menurun melepasi paras ini boleh membuka laluan ke arah 2.08760 dan seterusnya ke 2.08435, yang berpotensi mencetuskan pembetulan jangka pendek.

Faktor Fundamental

Ekonomi UK: Kukuh Tetapi Tidak Sekata

  • Ekonomi UK telah mengatasi jangkaan, disokong oleh kenaikan mendadak data KDNK.
  • Walau bagaimanapun, ketidakpastian makro global dan signal domestik yang bercampur-campur membayangi trajektori jangka panjang paun.

Australia: Pertumbuhan Perlahan, Potongan Kadar Kian Hampir Menjelang

  • Dengan pertumbuhan 1.2% tahun ini, Aussie menghadapi halangan daripada dasar monetari yang ketat dan perbelanjaan pengguna yang perlahan.
  • Jangkaan penurunan kadar RBA pada bulan November terus menekan AUD tatkala para penggubal dasar beralih ke arah pendirian yang lebih akomodatif.

Prospek Jangka Pendek

GBPAUD didagangkan dalam setup yang bullish secara strukturnya, disokong oleh prospek UK yang lebih kukuh dan kelesuan ekonomi Australia. Walau bagaimanapun, langkah teknikal yang berhati-hati adalah wajar lantaran kemunculan trend harmonik bearish dan trend momentum yang lemah.

Andai kata 2.09227 dibolosi, jangkakan kemungkinan pullback ke 2.08435. Pada bahagian atas, kejayaan bertahan di atas aras ini dan penguasaan kembali ke atas aras rintangan yang lebih tinggi boleh menyalakan semula momentum menaik. Pantau dengan teliti data inflasi UK dan ulasan RBA kerana ia berpotensi menjadi pemangkin dalam sesi-sesi yang akan datang.

GBPAUD – Rangka Masa H4

GBPAUDH4_(8).png

Penembusan struktur bullish berganda pada carta rangka masa 4 jam GBPAUD adalah tanda pertama niat bullish, disokong oleh sokongan daripada purata bergerak 100 dan 200 tempoh. Pola SBR bullish menambah konfluen tambahan kepada sentimen bullish dan menyediakan zon permintaan drop-base-rally sebagai POI untuk entri beli.

Jangkaan Penganalisis: 

Arah: Bullish

Sasaran- 2.10345

Pembatalan- 2.07482

KESIMPULAN

Anda boleh akses lebih banyak idea trading dan berita terkini pasaran secara terus dalam saluran Telegram kami.

Perdagangan matawang asing dengan margin mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana ia melibatkan risiko yang tinggi. Leveraj yang tinggi boleh meningkatkan potensi keuntungan dan kerugian. Sebelum menceburi pasaran pertukaran matawang asing, anda harus menilai matlamat pelaburan anda, pengalaman peribadi, dan tahap toleransi risiko anda.

Kongsi kepada rakan-rakan:
Adetola-Freeman Ogunkunle

Author: Adetola-Freeman Ogunkunle

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

Lebih banyak artikel berkaitan

30 Mei 2025

12:54

Potongan Kadar Roo Bertemu Dengan Loonie Yang Berhati-hati: AUDCAD Terhimpit Antara Bumbung 0.90 Dan Lantai 0.88

Matawang

29 Mei 2025

11:41

Loonie Di Hujung Tanduk: USDCAD Menanti Penembusan Bila Bulls Uji Rintangan Kritikal

Matawang

29 Mei 2025

10:45

GBPJPY Meningkat Tatkala Pasaran Bon Jepun Gawat

Matawang

28 Mei 2025

08:53

Dolar Aussie Tersepit Dalam Dilema — Prospek Potongan Kadar Dan Masalah China Bebankan AUDUSD

Matawang

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.