FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

30 Mei 2025

Saham

Treadmill Teknologi: US100 Tergelincir Dari Paras Tertinggi Apabila Tarif Diundur Kembali Dan Momentum Mereda

Ringkasan

  • Penutupan Indeks: 21,318.17 (▼0.45%)
  • Nasdaq-100 berundur dengan sederhana, didagangkan di antara 21,296.51 dan 21,508.08, julat yang mencerminkan kemeruapan intrahari semasa pada saat sentimen pelabur bercampur-campur.
  • Indeks kekal hanya 3% sahaja lagi daripada paras penutupan tertinggi sepanjang masa 22,175.60 (19 Feb 2025), mencadangkan sekadar berlaku jeda dalam uptrend, bukannya penyongsangan trend.
  • Aksi harga berlegar-legar berhampiran purata bergerak 50 hari, menunjukkan potensi fasa pengukuhan (konsolidasi). Langkah yang jelas di atas atau di bawah aras ini boleh menetapkan nada untuk episod seterusnya.
  • RSI menghampiri wilayah terlebih beli, menandakan bahawa momentum menaik baru-baru ini mungkin sudah terlajak tinggi dan rentan kepada pembetulan jangka pendek.

Faktor Fundamental

Pendapatan Teknologi Dilapor Tinggi

  • Nvidia mendahului dengan laporan pendapatan yang meledak, mencatatkan EPS sebanyak $ 0.96 dan pendapatan sebanyak $44.1 bilion, jauh melebihi jangkaan. Ini terus menyemarakkan sentimen bullish dalam bidang teknologi secara meluas.

Ketidakpastian Dasar Perdagangan Kembali Lagi

  • Mahkamah rayuan persekutuan telah memulihkan tarif global kembali ke status quo asal buat sementara waktu, menambah ketidakpastian bagi para gergasi teknologi multinasional dengan rantaian bekalan global.

Data Ekonomi: Kuat Namun Diselubungi Bayang-Bayang

  • Data keyakinan pengguna A.S. yang kuat menunjukkan ekonomi yang berdaya tahan, tetapi kebimbangan inflasi dan kemungkinan dasar Fed betukar arah terus mempengaruhi unjuran pasaran.

Prospek Jangka Pendek

Nasdaq-100 kekal kukuh dari segi teknikal tetapi sedang menguji had rali kenaikan tatkala ia sedang menghampiri paras tertinggi dalam sejarah. Pengembalian tarif ke keadaan asal dan anjakan dasar monetari boleh menyuntik kemeruapan, terutamanya jika data ekonomi goyah.

Trader harus memantau pengumuman laporan perolehan, perkembangan tarif, dan ulasan Fed dengan teliti, kerana 1–2 minggu akan datang boleh menentukan sama ada indeks akan menembus atau mengundur untuk mengambil nafas.

US100 – Rangka Masa H4

US100H4.png1_(2).png

Penembusan di atas paras tertinggi sebelumnya, yang ditunjukkan oleh anak panah mendatar pada carta rangka masa 4 jam US100, adalah tanda awal dominasi bullish. Berikutan impuls itu, kita melihat zon permintaan rally-base-rally berada di atas aras Pengunduran Fibonacci 76% (Fibonacci Retracement) dan pola SBR dengan blok pesanan permintaan rally-base-rally yang sama. Zon yang diserlahkan akan berfungsi sebagai zon untuk entri, walaupun berdasarkan pengesahan yang betul.

Jangkaan Penganalisis: 

Arah: Bullish

Sasaran- 21829.51

Pembatalan- 20670.01

KESIMPULAN

Anda boleh akses lebih banyak idea trading dan berita terkini pasaran secara terus dalam saluran Telegram kami.

Perdagangan matawang asing dengan margin mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana ia melibatkan risiko yang tinggi. Leveraj yang tinggi boleh meningkatkan potensi keuntungan dan kerugian. Sebelum menceburi pasaran pertukaran matawang asing, anda harus menilai matlamat pelaburan anda, pengalaman peribadi, dan tahap toleransi risiko anda.

Kongsi kepada rakan-rakan:
Adetola-Freeman Ogunkunle

Author: Adetola-Freeman Ogunkunle

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

Lebih banyak artikel berkaitan

29 Mei 2025

12:15

Menanti Keputusan ETF XRP: Prospek Harga Dan Pendorong Pasaran

Saham

22 Mei 2025

10:57

US100 dalam Fokus: Lonjakan Hasil Bon Cetus Sell-Off Teknologi, Harga Mengukuh Berhampiran Aras-aras Utama

Saham

22 Mei 2025

10:35

Laporan Terkini Pasaran Ethereum (ETH) – 22 Mei 2025

Saham

22 Apr 2025

10:36

Niaga Hadapan A.S. Melantun Selepas Perselisihan Trump-Powell Menggoncang Pasaran (22 April)

Saham

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.