FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

29 Apr 2025

Matawang

Kebimbangan Perang Dagang Meningkatkan Bias Dovish ECB

Ringkasan

  • EURUSD didagangkan dengan berhati-hati mendekati 1.1350, mencerminkan sikap dovish ECB serta ketidakpastian dasar perdagangan yang berterusan.
  • Aras Sokongan:
    • 1.1300 – sokongan psikologi dan teknikal utama
    • 1.1260 – paras terendah Mac
  • Aras Rintangan:
    • 1.1380 – rintangan dalam masa terdekat
    • 1.1425 – paras tertinggi awal April

Euro terus menerima tekanan lantaran ketegangan hubungan dagang yang meningkat dan harapan yang semakin besar untuk kenaikan kadar faedah ECB pada bulan Jun.

Faktor Fundamental

  1. Cipollone Beri Signal Risiko Kemelesetan Kesan Perang Dagang
    • Ahli lembaga ECB, Piero Cipollone, memberi amaran bahawa fragmentasi perdagangan global boleh mencetuskan kesan "kemelesetan yang jelas".
    • Pelaburan Zon Euro mungkin menurun sebanyak 1.1% dan KDNK sebanyak 0.2pp % pada 2025–26.
    • Ini sejajar dengan sentimen ECB yang semakin meningkat bahawa pemotongan kadar adalah wajar untuk mengurangkan risiko penurunan.
  2. Tekanan Disinflasi Semakin Meningkat
    • Walaupun perang dagang boleh menyemarakkan inflasi menerusi tarif, Cipollone percaya dalam jangka pendek hingga sederhana, zon euro mungkin menghadapi disinflasi kesan daripada kemerosotan pelaburan dan permintaan.
    • Ini menyokong pendirian ECB yang dovish, terutamanya apabila inflasi HICP dijangka kembali ke sasaran 2%.
  3. Amaran Strategik Mengenai Kewangan Dunia Yang Terfragmentasi
    • Cipollone menyerlahkan risiko gangguan aliran modal, turun naik mata wang, dan cabaran kepada dominasi dolar A.S. jika blok-blok global terpisah.
    • Beliau menggesa negara-negara G20 untuk mengelakkan proteksionisme dan membina semula penyelarasan perdagangan, memberi amaran ancaman sistemik jangka panjang kepada kestabilan kewangan.
  4. Implikasi Pasaran untuk EUR
    • Para trader kini mengambil kira sepenuhnya potongan kadar pada bulan Jun oleh ECB ke dalam penganggaran harga wajar mereka.
    • Sebarang tanda pelanjutan ketegangan dagang — terutamanya melibatkan A.S. dan EU — boleh membebankan sentimen EUR dan meningkatkan kebarangkalian pelonggaran lebih lanjut pada H2 2025.

Intipati Penting Untuk Trader

  • Euro kini rentan (vulnerable) apabila ECB lebih bersikap dovish sebagai tindak balas terhadap risiko perdagangan global dan fragmentasi ekonomi.
  • Amaran Cipollone berkaitan kemelesetan menguatkan lagi naratif pengurangan kadar pada bulan Jun, dan dengan disinflasi sedang berlangsung, potensi pelonggaran selanjutnya tidak dapat ditolak ke tepi.
  • EURUSD mungkin akan kekal menerima tekanan kecuali jika data baru mengenai inflasi atau KDNK memberikan kejutan ke sebelah atas.

EURUSD – Rangka Masa H2

EURUSDH2_(3).png

Selepas pergerakan harga menyapu (swept) di bawah paras terendah sebelumnya, kami melihat ia naik menembusi paras tertinggi terakhir pada carta rangka masa 2 jam EURUSD, dengan itu membentuk pola SBR. Kawasan permintaan yang diserlahkan juga bertindih dengan sokongan garisan trend dan berada dalam aras utama Pengunduran Fibonacci (Fibonacci Retracement). Titik konfluens ini menuding kepada kebarangkalian kesudahan yang bullish.

EURUSD – Rangka Masa H1

EURUSDH1_(2).png

Apa yang kita lihat pada EURUSD carta rangka masa 1 jam tidak banyak berbeza daripada senario rangka masa 2 jam. Walau bagaimanapun, pada carta rangka masa 1 jam, kami melihat terdapat momentum candlestick permintaan yang besar, dengan bar dalaman (inside bar) dan fractional low terpelosok di dalamnya. Walaupun keluasan keseluruhan kawasan candlestick merah besar boleh dianggap sebagai area of interest kita, zon yang diserlahkan akan menjadi pusat fokus (center of focus).

Jangkaan Penganalisis: 

Arah: Bullish

Sasaran- 1.14332

Pembatalan- 1.13287

KESIMPULAN

Anda boleh akses lebih banyak idea trading dan berita terkini pasaran secara terus dalam saluran Telegram kami.

Perdagangan matawang asing dengan margin mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana ia melibatkan risiko yang tinggi. Leveraj yang tinggi boleh meningkatkan potensi keuntungan dan kerugian. Sebelum menceburi pasaran pertukaran matawang asing, anda harus menilai matlamat pelaburan anda, pengalaman peribadi, dan tahap toleransi risiko anda.

Kongsi kepada rakan-rakan:
Adetola-Freeman Ogunkunle

Author: Adetola-Freeman Ogunkunle

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

Lebih banyak artikel berkaitan

29 Apr 2025

12:01

JPY Menguat Menjelang Keputusan BoJ, Trader Mencari Petunjuk Inflasi

Matawang

28 Apr 2025

11:34

RBA Umum Kenaikan Kadar Ketiga Berturut-Turut, Meredam Prospek Bullish

Matawang

25 Apr 2025

08:44

Yen Tidak Pedulikan CPI Tokyo Yang Panas Tatkala Sentimen Risiko Mendominasi (25 April)

Matawang

24 Apr 2025

10:54

Emas Bertahan Di Atas $3,300 Akibat Kebimbangan Tarif (24 April)

Matawang

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.