Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

25 Ogo 2025

Matawang

Tinjauan Pasaran Mingguan: Penurunan Kadar Fed, Laporan Perolehan Nvidia, dan Analisis COT USD

Dalam artikel ini
Pendorong Utama Minggu Terakhir OgosAnalisis COT: Indeks USD (19 Ogos 2025)Analisis teknikal: DXY

Pendorong Utama Minggu Terakhir Ogos

Powell membuka pintu untuk pemotongan kadar

Di Jackson Hole, Jerome Powell mengakui risiko terhadap pekerjaan meningkat dan beliau memberi isyarat bahawa dasar monetari boleh dilaras jika pasaran buruh terus melemah. Pelabur mentafsirkan ini sebagai pengesahan bahawa Rizab Persekutuan bersedia untuk memulakan pemotongan kadar dalam masa terdekat.

Jangkaan pemotongan kadar Fed

Menurut CME FedWatch, terdapat 87.33% kebarangkalian untuk pemotongan sebanyak 25 bps pada bulan September dan 83.22% kebarangkalian untuk satu lagi pada bulan Disember. Ini bermakna pasaran sudah mengambil kira dua pemotongan kadar ke dalam perhitungan harga sebelum akhir tahun 2025.

Waller dan tekanan politik

Gabenor Fed Christopher Waller, yang secara historikalnya adalah pengundi yang centrist-hawkish, kini secara terbuka menyokong pelonggaran dasar lebih awal. Beliau berpendapat bahawa tarif Donald Trump hanya akan memberi kesan inflasi sementara, manakala risiko pertumbuhan mewajarkan tindakan pencegahan. Pendiriannya telah meletakkannya lebih dekat dengan lingkungan Trump sebagai pegawai yang berpotensi untuk menggantikan Powell di Fed.

Data ekonomi utama AS minggu ini

Selasa, 26 Ogos.
  • Keyakinan Pengguna (Conference Board): 98.0 berbanding 97.2 sebelum ini.
  • Pesanan Barangan Tahan Lama (Julai): -0.5% b/b berbanding +0.2% sebelum ini
  • Pesanan Barang Tahan Lama Teras (tidak termasuk pengangkutan): +0.3% m/m berbanding +0.2% sebelum ini
Khamis, 28 Ogos
  • KDNK Q2 2025 (anggaran kedua): 2.1% dipertahunkan, tidak berubah daripada bacaan pertama
Jumaat, 29 Ogos
  • Indeks PCE (Julai): +0.2% m/m selepas +0.2% pada Jun
  • Core PCE (Julai): +0.3% m/m berbanding +0.2% sebelum ini; 2.9% t/t berbanding 3.0% sebelum ini

Laporan-laporan ini akan menjadi penentu untuk mengesahkan sama ada Fed akan mengumumkan potongan kadar pertamanya pada bulan September.

Ekuiti dan perolehan Nvidia

Wall Street memulakan minggu ini secara mendatar selepas rali hari Jumaat. Semua mata tertumpu pada laporan perolehan Nvidia (Rabu), dengan fokus pada:

  • Pertumbuhan hasil pusat data yang berkaitan dengan AI
  • Keterdedahan kepada sekatan China
  • Evolusi margin

Tenaga dan minyak

Harga minyak mentah meningkat di tengah-tengahj ketegangan geopolitik dan jangkaan permintaan bermusim yang kukuh. Perhatian pasaran akan tertumpu pada data inventori dari API (Selasa) dan EIA (Rabu), yang akan mendedahkan keseimbangan bekalan dan permintaan.

Bitcoin sedang menerima tekanan

Bitcoin jatuh 2%, didagangkan di sekitar $113,000, berikutan aliran keluar ETF bersih. Aset digital kekal terkorelasi tinggi dengan dolar AS dan kecairan global, menjadikannya sensitif terhadap data makroekonomi AS.

Analisis COT: Indeks USD (19 Ogos 2025)

Trader bukan komersial memegang 11,359 kontrak long berbanding 17,347 kontrak short, posisi bearish bersih sebanyak –5,988. Minggu lalu, kedua-dua posisi long (–1,370) dan short (–1,629) menyusut, dengan pengurangan yang lebih besar pada posisi short. Ini menunjukkan bahawa walaupun sentimen kekal negatif, spekulator kehilangan keyakinan dalam situasi penjualan USD yang banyak.
Pendek kata, posisi masih bearish, tetapi dengan tekanan ke bawah yang lebih lemah, membayangkan kemungkinan pengukuhan (konsolidasi) atau bahkan lantunan pembetulan jika "short covering" berterusan.

COT_USDX.jpg

Analisis teknikal: DXY

DXY_H4.jpg

Selepas ucapan Powell, Indeks Dolar menunjukkan penyongsangan bearish, dengan kepadatan volum awal pada 97.84. Pergerakan korektif ke arah senggang volum harian berkemungkinan berlaku sebelum penurunan seterusnya.

  • Senario bullish: Beli di atas 97.86, dengan sasaran terletak di 98.00 dan berkemungkinan 98.21.
  • Senario bearish: Tekanan jualan bersambung semula dari 98.21 atau selepas pecahan 97.84 secara bertenaga, menyasarkan zon permintaan berdekatan 97.30

Setup ini menunjukkan pemulihan USD yang sederhana ke arah aras rintangan, diikuti dengan tekanan jualan yang diperbaharui sepanjang minggu ini.

Perdagangan matawang asing dengan margin mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana ia melibatkan risiko yang tinggi. Leveraj yang tinggi boleh meningkatkan potensi keuntungan dan kerugian. Sebelum menceburi pasaran pertukaran matawang asing, anda harus menilai matlamat pelaburan anda, pengalaman peribadi, dan tahap toleransi risiko anda.

Kongsi kepada rakan-rakan:
Tibisay Ramos

Pengarang: Tibisay Ramos

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

Lebih banyak artikel berkaitan

Pengurangan Kadar RBA Cetus Lantunan Sentimen, AUDUSD Bertindak Balas

25 Ogo 2025

11:00

Pengurangan Kadar RBA Cetus Lantunan Sentimen, AUDUSD Bertindak Balas

Matawang

EURJPY Berhenti di Paras Tinggi Julat Ketika Trader Mencari Signal ECB & BoJ

21 Ogo 2025

13:00

EURJPY Berhenti di Paras Tinggi Julat Ketika Trader Mencari Signal ECB & BoJ

Matawang

XRPUSD Tertekan Di Bawah $3 Kerana Penangguhan ETF Menjejaskan Sentimen

21 Ogo 2025

13:00

XRPUSD Tertekan Di Bawah $3 Kerana Penangguhan ETF Menjejaskan Sentimen

Matawang

Bitcoin Kekal Stabil - Aliran Masuk ETF, Dasar AS, dan Prospek Fed Bentuk Langkah Seterusnya

13 Ogo 2025

12:52

Bitcoin Kekal Stabil - Aliran Masuk ETF, Dasar AS, dan Prospek Fed Bentuk Langkah Seterusnya

Matawang

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play
store iconstore icon
Dapatkan MT4 di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan MT5 di
App Store

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: The Bentley, #16 Cor A Street & Princess Margaret Drive, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.